.......... Selamat Datang ke Blog Rasmi PIBG SK Chabau...........

Monday 26 October 2015

PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MINGGU LESTARI 2015


: Pada 26 Oktober 2015 Majlis Perasmian Penutupan Program Minggu Alam Sekitar Malaysia telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chabau. Upacara perasmian penutupan program MASM 2015 ini telah dirasmikan oleh Jabatan Alam Sekitar Melaka. Sempena majlis penutupan ini Agensi-agensi luar juga telah di jemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program Minggu Lestari Sk Chabau 2015, dari bermulanya hari perasmian sehingga hari penutupan  Program Minggu Lestari (MASM) ini,
Terima Kasih.







PROGRAM MINGGU LESTARI

: Sempena minggu Lestari, Sekolah kebangsaan Chabau  telah menjalankan beberapa program sepanjang minggu lestari yang sedang berlangsung. pada 24 Oktober 2015 telah berlangsungnya Taklimat dari wakil jabatan pertanian dan Program hari hijau bersama guru, taklimat ini bertujuan menerangkan bagaimana untuk mejaga tanaman dan mengenal tanaman yang sihat dengan cara yang betul. selain itu Sk Chabau juga telah menjemput penceramah untuk bengkel Composting dari penjara  Sg. Udang untuk  menerangkan dan menunjukan cara-cara membuat baja kompos dengan betul dan lebih jelas. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.








Thursday 15 October 2015

TAKLIMAT KESIHATAN

:Taklimat kesihatan daripada pejabat kesihatan jasin yang telah diadakan pada 15 Oktober 2015, bertempat di Surau Mussolah Ar-Rayyan Sekolah kebangsaan Chabau. taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan lagi kepada murid-murid tentang penjagaan kesihatan dengan lebih jelas dan terperinci.





PROGRAM SK CHABAU GEGAR UKM

Program Sk Chabau gegar UKM dua hari satu malam bertempat di UKM ini, bertujuan untuk memberi pendedahan dan memberi sedikit ilmu kepada murid-murid Sk chabau. pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program ini. semoga murid-murid dapat manfaatkan apa yang di sampaikan menerusi program yang telah diadakan ini.