.......... Selamat Datang ke Blog Rasmi PIBG SK Chabau...........

PERUTUSAN YDP

1 comment:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Alhamdulilah, kita panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, segala ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kita ke arah takwa kepada-Nya terbuka luas menerusi wadah PIBG ini.

    Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasa sewajarnya yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami.

    Tidak dilupakan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan membimbing anak-anak kita sehingga pada tahap yang terbaik. Pengorbanan yang dicurahkan menggambarkan keikhlasan dalam jiwa sanubari mereka untuk membina ummah ke arah pembentukkan Insan Muttaqin.

    Marilah kita bersama-sama berganding bahu merebut ruang saham akhirat yang dihadapkan kepada kita untuk berusaha membantu ummah melalui persatuan yang mulia ini. Pelbagai nama aktiviti yang dilakukan seperti Dermathon, Kem Motivasi, Projek Waqaf dan sebagainya adalah sebagai batu loncatan untuk menyumbang untuk anak-anak kita. Walhal, tanpa aktiviti ini pun sebenarnya kita mampu dan boleh menyumbang kea rah kecermelagan sekolah ini. Marilah kita hulurkan tenaga, fikiran, wang ringgit demi menyahut seruan Allah dan RasulNya.

    Yakinlah pemberian yang dicurahkan, pasti akan diganjari dengan selayaknya.

    Akhirnya, saya memberi penghargaan terima kasih tanda ukhuwah kepada seluruh warga SK Chabau yang bertungkus-lumus membantu dan menjayakan program PIBG dan pihak sekolah.

    Sekian Terima Kasih.

    Wassalamualaikum Warahmatullah

    ABU SUPIAN B HJ ABU SAMAH. BKI, PJK.
    Yang Dipertua Pibg SK Chabau




    ReplyDelete